Wednesday, 20 February 2013

Trip Memancing Belut



        Ahad yang lalu , saya sempat singgah memancing belut di sekincan..1st time jugak sebenarnya..nak pegang belut pun tak berani..hehe..tapi sekali dah mancing , gian la pulak..sampai ke magrib baru balik..haha


    Belut pertama saya..kecik je , tapi bukan main susah nak pancing..asyik lepas je..haha


           Ni lah pancing yang saya gunakan..tapi tertinggal kat sana =( ..masa mula-mula mancing pakai tangsi je , halus lak tu..nasib tak putus..haha..


Keadaan air yang memang keruh gila-gila..was-was je masa mula-mula nak mancing..


         Sambil mancing belut , ada gak baling pancing udang..dan , sekor ni jela yang nak makan umpan..ikan lais kalau tak silap namanya..ikan ni lebih kurang sama rupanya dengan ikan begahak yang besar tu..Kan best kalau kat sini pun ada ikan tu..hehe






Memancing Ikan Sembilang



       Ikan sembilang yang diperolehi pada hari sabtu yang lalu..Walaupun banyak dugaan semasa mencari umpan , tapi semuanya berbaloi dengan hasil yang diperolehi ..hehe  =) 


    Dalam banyak-banyak kali memancing sembilang , ni la hasil tangkapan terbanyak saya..63 ekor..rekod baru tu..hehe..Tapi musim kali ni saiz sembilang tidak sebesar dahulu..Yang panjang sejengkal pun ada..haha


     Jangan x percaya kat sungai kuala selangor ada pari..Tapi yang nie orang panggil tuka-tuka ..Memang saiz tu je yang dia boleh besar..huhu


ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free